top of page

JOM SEBARKAN KASIH SAYANG

Kasih Sayang Tiada Sempadan

Sayangi Ummah

adalah satu program dakwah, kebajikan dan kemanusiaan yang di kendalikan  di bawah

AKADEMI KELUARGA FITRAH.

Akademi Keluarga Fitrah diterajui oleh Ustaz Muhidin Mokter & Ustazah Isfadiah yang memberi tumpuan kepada pembangunan institusi Kekeluargaan dan Keibubapaan. Ia bertujuan memberi ruang kepada orang ramai untuk bersama-sama menjayakan aktiviti kebajikan dan kemanusian ke arah mewujudkan sebuat masyarakat yang harmoni dan berkasih sayang sebagai mana yang dituntut oleh ajaran Islam.  

KORBAN & AQIQAH 2023
( DITUTUP)

Alhamdulillah, Akademi Keluarga Fitrah melalui program Sayangi Ummah,  menyediakan khidmat kemasyarakatan  pelaksanaan IBADAH KORBAN & AQIQAH di Kemboja dan Tanah Suci Makkah .

Ibadah Korban adalah antara amalan yang sangat disukai oleh Allah s.w.t di hari Eidul Adha. Pendaftaran dibuka sekarang sehingga 8 Zulhijjah 144H. Daftar segera, semoga kita semua dicintai Allah dengan ibadah Korban yang dilakukan

Maklumat lanjut, hubungi;

019-3897089 ( Ustaz Muhidin )

Promo Korban 1444H 2023.png
WAKAF TELAGA DI KEMBOJA

Air bersih merupakan keperluan asasi. Kemboja negara minoriti umat Islam yang sentiasa terpinggir menjadikan kehidupan sentiasa dihimpit kemiskinan dan serba kekurangan.

Wakaf telaga terasa sangat keperluannya di saat kemudahan asas sangat terbatas. Jom ringankan bebanan kehidupan mereka dengan menyediakan telaga air yang bersih. Daftar Wakaf Telaga di Kemboja. Klik link di bawah. 

Wakaf 1 Telaga: RM1350.00

Wakaf 1 Bahagian: RM270.00

Wakaf Telaga.png
INFAQ & SUMBANGAN

Akademi Keluarga Fitrah, dalam usaha dakwah dan kebajikan memberi ruang kepada orang ramai untuk membuat infaq dan sumbangan ke Tabung Dakwah & Kebajikan bagi melancarkan aktiviti dakwah samada secara fizikal atau online.

Juga untuk melaksanakan misi kemanusian dan bantuan kepada golongan yang memerlukan khusus orang-orang yang miskin dan susah. 

Bersama Akademi Keluarga Fitrah, sebarkan kasih sayang kepada semua

TABUNG DAKWAH & KEBAJIKAN
Subangan AKF.png
contact

SAYANGI UMMAH

MUHIDIN 01.png

" Tangan yang di atas lebih baik dari yang di bawah"

Setiap insan mesti berusaha menjadi yang terbaik, bukan sahaja terbaik pada pandangan manusia, tetapi terbaik pada pandangan Allah s.w.t.

Sayangi Ummah berazam dan berusaha untuk menyebarkan kasih sayang di kalangan seluruh umat manusia tanpa mengira bangsa dan keturunan, agama dan budaya, sentiasa berusaha untuk menggembirakan orang lain walau hanya dengan senyuman .

Hidup bahagia dengan memberi.

Jom sayangi Ummah

Kasih Sayang Tiada Sempadan

AKF 02 (1).png
Logo Labbaik 002.png
bottom of page